PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

MENGGUNAKAN TANGAN


Penggunaan Kata Yang Tepat  ialah kata yang mempunyai makna hampir-hampir samadan hanya dapat ditentukan berdasarkan struktur ayat. Penggunaan kata tersebut boleh terdiri daripada kata dasar, perkataan berimbuhan, perkataan berganda dan juga kata majmuk. Dalam unit ini, penekanan penggunaan kata yang tepat lebih tertumpu pada kata dasar dan perkataan berimbuhan sahaja. Dibawah ini adalah senarai kata yang mempunyai makna yang hampir sama.

 A) MENGGUNAKAN TANGAN 


  1. Menyimbah = menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)
  2. Menyiram = mencurahkan air (kuantiti air lebih banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)
  3. Menjirus = menyiram dengan air (pokok bunga, air mawar dipusara, muka, kaki, badan ketika mandi)
  4. Merenjis = titik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana-sini tetapi lebih lebih menghala ke suatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)
  5. Mencurah = mengalir dengan deras dan banyak (air hujan, perbuatan membuang air seperti dari dalam tempayan dan sebagainya)
  6. Menuang = mengisikan air, minyak dan sebagainya kedalam sesuatu bekas.
  7. Memancut = keadaan air atau cecair yang keluar dengan deras (paip air, hos, pistol air, darah, paip bocor, buang air kecil dan sebagainya)
  8. Memercik = titik-titik air dan lain-lain yang berserak -serak ke sana sini akibat jatuh pada sesuatu permukaan atau sesuatu menda yang jatuh ke dalam air.
  9. Menatang = membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)
  10. Menjunjung = membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan