KARANGAN BERFORMAT
Pada kali ini, cikgu ingin menerangkan penulisan KARANGAN BERFORMAT KHUSUS UPSR.
Sebelum cikgu meneruskan penerangan lebih lanjut berkaitan penulisan KARANGAN BERFORMAT, ingin cikgu kongsikan beberapa tips berkaitan penulisan karangan berformat ini. Antara tips adalah:
1) Untuk menulis karangan jenis berformat, murid-murid perlulah mengusasai terlebih dahulu teknik-teknik penulisannya.
2) Sebelum memilih tajuk karangan, anda haruslah memahami kehendak soalan agar tidak terkeluar daripada tajuk.
3) Patuhi format yang telah ditetapkan. Markah akan dipotong seandainya format tersebut salah.
Diatas ini adalah sedikit sebanyak tips yang penting bagi murid-murid menguasai penulisan KARANGAN BERFORMAT. Adalah diharapkan murid-murid dapat memahami tips yang telah diberikan. Insya-Allah, dengan tips serta latihan yang kerap dilakukan, dapat membantu murid-murid semua dalam menjalani peperiksaan.
Ada pelbagai jenis penulisan KARANGAN BERFORMAT, murid-murid perlu menguasai teknik-teknik dalam penulisan karangan berformat. Dibawah ini, cikgu senaraikan jenis-jenis KARANGAN BERFORMAT:
1) SURAT RASMI
Panduan menulis karangan jenis surat rasmi ;
a) Surat Rasmi merupakan karangan berformat dan ditulis untuk tujuan yang rasmi seperti membuat permohonan, aduan, rayuan, jemputan rasmi, pesanan dan sebagainya.
b) Surat Rasmi terbahagi kepada surat permohonan, surat aduan/bantahan, surat rayuan, surat pesanan dan surat perniagaan.
c) Murid-murid haruslah menggunakan bahasa yang mudah tetapi tepat dan padat.
d) Penggunaan kiasan dan seumpamanya tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi.
2) SURAT TIDAK RASMI
Panduan menulis karangan jenis surat tidak rasmi ;
a) Surat Tidak Rasmi bersifat peribadi, lebih kepada seseorang kepada seseorang dalam urusan tdak rasmi.
b) Kebiasaannya surat ini ditulis kepada sahabat handai, ahli keluarga dan saudara mara.
c) Ada beberapa jenis Surat Tidak Rasmi, sebagai contoh;
i- surat bertanya khabar;
ii- surat tahniah;
iii- surat takziah;
d) Gunakanlah bahasa yang mudah tetapi tepat dan padat dalam penulisan Surat Tidak Rasmi. Murid-murid boleh menggunakan unsur-unsur kiasan dan peribahasa (akan diterangkan dalam bab lain) supaya Surat Tidak Rasmi tersebut menarik.
e) Format Surat Tidak Rasmi berbeza daripada format Surat Rasmi
3) KARANGAN JENIS UCAPAN / ARAHAN
Panduan menulis karangan jenis ucapan / arahan ;
a) Ucapan dan Arahan kebiasaannya disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti perhimpunan, majlis perasmian. majlis keraian, majlis perpisahan dan sebagainya.
b) Ada beberapa jenis ucapan, antaranya adalah;
i-ucapan tahniah atau takziah;
ii-ucapan penerangan;
iii-ucapan terima kasih;
iv-ucapan perpisahan; dan
v-ucapan perasmian
c) Untuk penulisan ucapan kebiasaannya sesuatu situasi diberikan. Situasi itu mungkin majlis perasmian, perpisahan, keraian, perhimpunan dan sebagainya.
d) Untuk penulisan syarahan pula, situasi yang diberikan dalam bentuk pertandingan. Oleh sebab itu, tajuk syarahan akan dinyatakan dalam soalan.
e) Tujuan ucapan/syarahan adalah untuk menyampaikan pengetahuan melalui isi-isi dan faktasecara tepat, munasabah dan meyakinkan.
f) Dalam ucapan/syarahan yang murid ingin tulis, boleh menggunakan ayat tanya (akan diterangkan dalam bab lain), mengulang ayat-ayat tertentu, menggunakan kiasan, peribahasa dan sebagainya.
4) KARANGAN JENIS LAPORAN
Panduan menulis karangan jenis Laporan ;
a) Karangan jenis laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.
b) Dalam peperiksaan, murid-murid kebiasaannya akan diminta membuat laporan berkaitan sesuatu perkara. Sebagai contoh:
i-sesuatu kejadian;
ii-sesuatu lawatan; dan
iii-sesuatu kegiatan
c) Soalan yang diberikan meminta murid-murid mengandaikan diri murid-murid sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari atau jawatankuasa ahli persatuan.
d) Murid-murid hendaklah memastikan bahawasanya murid-murid mengetahui perkara atau peristiwa yang hendak dilaporkan.
e) Untuk menghasilkan sesuatu laporan, murid-murid haruslah memikirkan persoalan-persoalan seperti apa, siapa, bila, dimana dan mengapa.
5) KARANGAN JENIS DIALOG / TEMU RAMAH
Panduan menulis karangan jenis Dialog/Temu Ramah ;
a) Dalam karangan jenis ini, murid-murid haruslah menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.
b) Pada kebiasaannya, karangan ini melibatkan dua pihak sekurang-kurangnya yang berbual tentang sesuatu perkara.
c) Haruslah memastikan watak-watak dalam dialog itu dan gunakanlah kata ganti (akan diterangkan dalam bab lain) yang bersesuaian.
d) Kedua-dua belah pihak boleh saling bertanya dan memberikan pandangan.
e) Gunakan ayat-ayat yang ringkas supaya mudah difahami.
f) Murid-murid boleh menggunakan kiasan dan peribahasa supaya karangan menjadi lebih menarik.
g) Karangan jenis ini ialah karangan berformat, maka murid-murid haruslah mengetahui serta mengikuti format yang telah ditetapkan.
6) KARANGAN JENIS BERITA
Panduan menulis karangan jenis Berita ;
a) Karangan jenis berita memerlukan murid-murid memberikan pengetahuan, hiburan dan maklumat tentang sesuatu kejadian atau peristiwa penting.
b) Lima persoalan yang harus murid-murid ingat semasa menulis berita ialah apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.
c) Isi berita yang penting hendaklah murid-murid dahulukan manakala isi berita yang kurang penting dikemudiakan.
d) Isi berita harus disertakan dengan huraian dan contoh-contoh yang benar dan tepat. Hal ini penting supaya berita yang murid-murid tulis dapat memuaskan dan meyakinkan pembaca.
e) Dalam hal ini, sedutan kata-kata atau pendapat orang tertentu yang terlibat dalam berita tersebut haruslah dinyatakan.
f) Berita ditulis dalam beberapa perenggan. Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi setiap perenggan hendaklah sederhana panjangnya dan memuatkan satu isi sahaja.
g) Manakala bahasa yang murid-murid gunakan dalam penulisan berita haruslah ringkas dan mudah tetapi padat. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami berita tersebut.
7) KARANGAN JENIS CATATAN
Panduan menulis karangan jenis Catatan ;
a) Catatan diari dalah catatan peristiwa atau kejadian penting yang berlaku pada diri murid-murid.
b) Ada catatan yang ditulis mengikut masa dan ada pula yang ditulis mengikut tarikh peristiwa itu berlaku.
c) Catatan yang murid-murid tulis itu haruslah ringkas tetapi tepat dan padat. Catatan tersebut juga haruslah diolah dan disusun mengikut peristiwa dan kejadian yang berlaku.
d) Bahasa yang digunakan haruslah mudah dan menarik. Murid-murid juga boleh menggunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau peribahasa dalam catatan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan